Langsung ke konten utama

Lampu pendarfluor - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Palbagai jenis lampu pendarfluor. Dua lampu teratas merupakan lampu pendarfluor padat. Di bawah pula ialah dua tiub biasa. Di sebelah kiri ialah anak mancis sebagai ukuran skala.

Lampu pendarfluor atau lampu kalimantang merupakan sejenis lampu nyahcas gas yang menggunakan arus elektrik untuk mengujakan wap raksa. Wap raksa yang diujakan ini menghasilkan sinar ultraungu gelombang pendek yang menyebabkan lapisan fosfor untuk menghasilkan cahaya tampak. Lampu penderfluor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya yang boleh dimanfaatkan lebih baik daripada mentol lampu. Kos penggunaan tenaga yang rendah mengatasi kos awal lampu itu sendiri. Lampu ini lebih mahal daripada mentol lampu kerana ia memerlukan balast elektrik untuk mengawal arus elektrik di dalam lampu.

Sementara jenis tiub biasa banyak digunakan di bangunan komersial dan institusi, lampu pendarfluor padat kini boleh didapati dalam saiz yang sama seperti mentol lampu sebagai alternatif penjimatan tenaga di rumah.Prinsip operasi[sunting | sunting sumber]

Prinsip asas bagi penukaran tenaga elektrik kepada tenaga cahaya pada lampu pendarfluor bergantung kepada serakan tidak kenyal elektron. Elektron bebas bertembung dengan atom gas. Jika elektron bebas mempunyai cukup tenaga kinetik, ia memindahkan tenaga ke elektron luar atom, menyebabkan elektron itu diujakan ke tahap tenaga yang lebih tinggi. Pertembungan tersebut adalah 'tidak kenyal' kerana sedikit kehilangan tenaga berlaku.

Keadaan tenaga tinggi ini tidak stabil, maka atom akan memancarkan foton ultraungu semasa atom tersebut kembali ke tahap tenaga rendah yang lebih stabil. Kebanyakan foton yang dilepaskan daripada atom raksa mempunyai panjang gelombang dalam lingkungan ultraungu iaitu sekitar 253.7 nm dan 185 nm. Cahaya ini tidak dapat dilihat oleh mata manusia, oleh itu ia mesti ditukarkan kepada cahaya tampak. Ia dilakukan melalui penggunaan bahan pendarfluor. Foton ultraungu diserap oleh atom bahan salutan pendarflour dalaman tiub lampu, menyebabkan lonjakan tenaga yang serupa, kemudian menjunam, dengan keluaran satu lagi jenis foton sekali lagi. Foton yang dibebaskan dalam interaksi kedua ini mempunyai tenaga yang kurang daripada interaksi pertama tadi. Bahan kimia fosfor yang digunakan dipilih supaya foton yang dibebaskan adalah pada panjang gelombang yang boleh dilihat dengan mata manusia. Perbezaan tenaga antara foton ultraungu yang diserap dengan foton cahaya tampak menyebabkan sedikit pemanasan pada lapisan fosfor.

Apabila lampu dihidupkan, kuasa elektrik memanaskan katod sehingga ia cukup panas untuk mengeluarkan elektron. Elektron ini bertembung dan mengionkan gas adi di dalam tiub mengelilingi filamen untuk membentuk plasma melalui proses pengionan impak. Hasilnya, tahap konduktiviti gas terion meningkat dengan pantas, membolehkan arus tinggi mengalir melalui lampu.Bahagian lampu pendarfluor[sunting | sunting sumber]Tiub lampu[sunting | sunting sumber]

Bara ultraungu yang tidak ditapis pada lampu pembasmi kuman dihasilkan oleh nyahcas wap raksa bertekanan rendah (seperti pada lampu pendarfluor).

Tiub lampu mengandungi gas raksa bertekanan rendah serta argon, xenon, neon, atau kripton. Tekanan di dalam tiub adalah sekitar 0.3% tekanan atmosfera.[1] Permukaan dalaman tiub disalut dengan bahan pendarfluor terdiri daripada pelbagai campuran garam fosfor metalik dan unsur nadir bumi. Elektrod tiub terdiri daripada lingkaran tungsten serta dirujuk sebagai katod kerana fungsinya untuk memancarkan elektron. Bagi tujuan ini, ia disalut campuran barium, strontium dan kalsium oksida yang dipilih kerana suhu pelepasan termionik yang rendah.Balast[sunting | sunting sumber]

Balast 230 V untuk lampu 18–20 W

Lampu pendarfluor adalah peranti rintangan pembezaan rendah, yang bermaksud semakin tinggi arus elektrik yang mengalir, semakin rendah rintangannya, membolehkan arus elektrik yang lebih tinggi mengalir sehingga boleh merosakkan lampu tersebut. Untuk mengelakkan arus yang membinasakan daripada mengalir ke dalam lampu, arus ini mesti dikawal dengan menggunakan balast elektrik ataupun cok. Balast yang paling banyak digunakan ialah balast jenis peraruh yang terdiri daripada gelung dawai yang dililit pada teras besi berlamina. Aruhan elektromagnet yang dihasilkan mengehadkan arus elektrik. Namun demikian, cok jenis peraruh ini menyebabkan faktor kuasa menjadi rendah disebabkan sifat semulajadi peraruh yang melengahkan arus elektrik (lagging). Penggunaan balast elektronik ataupun pemasangan kapasitor di samping balast peraruh sedia ada boleh memperbaiki faktor kuasa.Penghidup[sunting | sunting sumber]

Litar skema lampu pendarfluor dengan suis penghidup automatik. A: Tiub pendarfluor, B: Bekalan kuasa (+220 volt), C: Penghidup, D: Suis (termostat jalur dwilogam), E: Kapasitor, F: Filamen, G: Balast

Menghidupkan lampu menggunakan penghidup jenis pemanas. Suis penghidup berkelip dengan cahaya jingga setiap kali ia cuba menghidupkan lampu.

Penghidup lampu pendarfluor elektronik.

Atom raksa di dalam tiub pendarfluor mesti diionkan terlebih dahulu sebelum ia boleh "berlaga" di dalam tiub. Bagi lampu kecil, hanya sedikit voltan yang diperlukan, tetapi tiub yang lebih besar memerlukan voltan yang lebih besar (sehingga beribu-ribu volt). Suis penghidup yang paling lazim digunakan adalah jenis pemanas atau bara seperti yang telah ditunjukkan di dalam gambar. Ia terdiri daripada tiub nyahcas gas neon, elektrod dwilogam serta kapasitor.

Apabila kuasa elektrik dihidupkan, satu nyahcas bara akan muncul pada elektrod penghidup. Nyahcas bara ini akan memanaskan gas di dalam penghidup dan menyebabkan elektrod dwilogam untuk membengkok ke elektrod yang satu lagi. Apabila elektrod ini bersentuhan, kedua-dua filamen akan membara dan mengeluarkan elektron. Sentuhan elektrod ini menghentikan nyahcas bara, menyebabkan gas menyejuk semula. Elektrod dwilogam turut menyejuk dan mula bergerak kembali. Apabila kedua-dua elektrod tidak bersentuham, tendangan aruhan daripada balast menghasilkan voltan tinggi untuk menghidupkan lampu. Suis penghidup turut mempunyai kapasitor yang disambung selari dengan tiub nyahcas gas bagi memanjangkan hayat elektrod.

Setelah lampu menyala, nyahcas utama kemudian memastikan katod kekal panas, membenarkan keluaran berterusan tanda memerlukan elektrod penghidup untuk bersentuhan lagi. Elektrod penghidup tidak lagi bersentuhan kerana voltan yang merentasi tiub yang menyala tidak mencukupi untuk menghidupkan nyahcas bara di dalam penghidup. Jika tiub gagal dihidupkan, ataupun menyala tetapi kemudian padam kembali, prosedur menghidupkan lampu diulang semula.

Penghidup elektronik menggunakan kaedah yang lebih kompleks bagi memanaskan katod pada tiub lampu. Ia menggunakan suis semikonduktor khas yang diaturcara dengan masa pemanasan yang ditetapkan supaya katod dipanaskan sepenuhnya serta memanjangkan jangka hayat lampu. Penghidup elektronik mempunyai satu siri kapasitor yang mampu menghasilkan denyutan voltan tinggi merentasi lampu supaya ia dihidupkan dengan betul. Penghidup elektronik hanya perlu melakukan cubaan menghidupkan lampu dalam masa singkat apabila bekalan kuasa dihidupkan serta tidak akan berulang kali cuba menghidupkan tiub lampu yang sudah rosak. Penghidup elektronik direka supaya mampu menghidupkan lampu dalam masa 0.3 saat.Kebaikan[sunting | sunting sumber]Keberkesanan kilauan - Lampu pendarfluor menukarkan lebih banyak kuasa masukan kepada cahaya tampak berbanding mentol lampu. Sebiji mentol lampu 100 watt hanya menukarkan 2% kuasa masukannya kepada cahaya putih tampak, manakala lampu pendarfluor lazimnya mampu menukatkanlebih kurang 22% daripada kuasa masukan kepada cahaya putih tampak.[2]Jangka hayat - Lampu perdarfluor lazimnya tahan antara 10 hingga 20 kali lebih lama daripada lampu pijar apabila dikendalikan dalam masa beberapa jam pada satu-satu masa.Kos pengendalian - Kos pembelian lampu pendarfluor yang lebih tinggi diatasi dengan penggunaan tenaga elektrik yang rendah. Jangka hayat yang lebih panjang juga turut menyumbang kepada penjimatan tambahan berikutan kos penggantian lampu yang kurang.Kilauan yang kurang - Jika dibandingkan dengan lampu pijar, tiub pendarfluor ialah punca cahaya yang lebih besar serta cahayanya lebih berbaur. Pada lampu yang direka bersesuaian, cahaya boleh diserakkan lebih sekata tanpa satu titik silau sebagaimana yang terdapat pada mentol lampu yang tidak berbaur; lampu tersebut adalah besar berbanding jarak antara lampu serta permukaan yang diteranginya.Kelemahan[sunting | sunting sumber]

Komentar

Postingan populer dari blog ini

5 Jenis Alat Muzik Tradisional Orang Melayu

Adat dan budaya masyarakat Melayu mempunyai unsur-unsur kesenian yang sangat tinggi nilainya. Ini dapat dinilai berdasarkan kepada warisan instrumen-instumen muzik yang diperturunkan pada masyarakat Melayu kita. Walaupun peralatan-peralatan tradisional ini dilihat hanya digunakan ketika upacara-upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, persandingan atau upacara melibatkan Raja-Raja; tidak dapat dinafikan melodi dan nada yang terhasil unik serta tidak mempunyai taranya dalam dunia muzik moden. Tahukah anda tentang beberapa jenis instrumen muzik tradisional masyarakat Melayu yang popular serta sejarahnya? Jom kita tengok.Kategori alat muzik masyarakat Melayu Dalam kajian untuk mengkelaskan peralatan-peralatan ini, kita perlulah terlebih dahulu mengetahui pengkhususannya. Semua perlatan muzik tradisional Melayu boleh dibahagikan kepada empat kumpulan; Mewakili instrumen yang memerlukan pemainnya meniup angin ke dalamnya, seperti serunai, pinai atau seruling. Instrumen membranophone p...

Rebana (Alat Muzik Tradisional Melayu)

Rebana ialah alat muzik jenis genderang dan dikategorikan sebagai alat muzik membranofon. Alat muzik ini terdiri daripada satu bingkai berbentuk bulat, separa kon seperti cawan atau mangkuk dan mempunyai saiz ketebalan dan diamater yang berbeza. Bingkai rebana diperbuat daripada kayu nangka, kelapa, sena atau merbau dan kebiasaanya, kayu nangka menjadi pilihan utama kerana kayu tersebut lebih berkualiti. Rebana mempunyai satu permukaan kulit gendang dan kulit tersebut adalah kulit lembu atau kambing. Kulit gendang ini dikenali sebagai belulang (kulit haiwan yang kering). Belulang ini diikat dan diregang dengan siratan rotan dan diikat pada bahagian bawah bingkai. Ketegangan belulang dikemaskan dengan pasak-pasak kayu yang diselitkan pada celah-celah rotan antara cincin (rim) dan bawah bingkai (juga dikenali sebagai kaki bingkai). Kualiti bunyi dan nimonik yang dihasilkan oleh sesebuah Rebana bergantung kepada saiz, ketebalan bingkai, jenis kulit dan kayu serta cara paluan tangan. Kebia...

Operasi Gagal Jatuhkan BKH, Menguak Fakta Misterius

  Kasus pengusiran politisi kondang, Benny K. Harman (BKH) di Restoran Mai Cenggo di Jalan Alo Tanis - Labuan Bajo, pada Selasa (24/5/2022) makin panas didiskusikan. Pihak pelapor yang tadinya garang seperti singa, tiba-tiba ketakutan seperti tikus basah. Pada saat pemeriksaan di kepolisian, kursi yang diduduki pelapor terlihat basah. Belum dipastikan apakah itu air kencing atau keringat. Penyebabnya karena konspirasi mereka untuk tumbangkan BKH mulai terendus aparat. Kepolisian menunjukkan pasal-pasal dalam undang-undang ITE yang bisa menjerat pelaku. Betapa paniknya mereka ketika kepolisian memperlihatkan pasal-pasal tentang ancaman hukuman akibat kejahatan tersebut. Ancamannya empat sampai tujuh tahun penjara!   Kebayang kan kalau orang-orang seperti ibu Kiki harus mendekam 4-7 tahun di penjara? Kok kasus ini cepat skali ditangani! Apakah Polisi bertindak professional? Tampaknya tidak sepenuhnya profesional. Sebagian bekerja di bawah tekanan, karena pengacara Restoran M...