Langsung ke konten utama

Rebana (Alat Muzik Tradisional Melayu)



Rebana ialah alat muzik jenis genderang dan dikategorikan sebagai alat muzik membranofon. Alat muzik ini terdiri daripada satu bingkai berbentuk bulat, separa kon seperti cawan atau mangkuk dan mempunyai saiz ketebalan dan diamater yang berbeza. Bingkai rebana diperbuat daripada kayu nangka, kelapa, sena atau merbau dan kebiasaanya, kayu nangka menjadi pilihan utama kerana kayu tersebut lebih berkualiti. Rebana mempunyai satu permukaan kulit gendang dan kulit tersebut adalah kulit lembu atau kambing. Kulit gendang ini dikenali sebagai belulang (kulit haiwan yang kering). Belulang ini diikat dan diregang dengan siratan rotan dan diikat pada bahagian bawah bingkai. Ketegangan belulang dikemaskan dengan pasak-pasak kayu yang diselitkan pada celah-celah rotan antara cincin (rim) dan bawah bingkai (juga dikenali sebagai kaki bingkai). Kualiti bunyi dan nimonik yang dihasilkan oleh sesebuah Rebana bergantung kepada saiz, ketebalan bingkai, jenis kulit dan kayu serta cara paluan tangan. Kebiasaanya rebana terdiri daripada beberapa pasang dan menghasilkan rentak yang bertelingkah. Rebana dimain dengan paluan tangan dan rebana bersaiz besar seperti Rebana Ubi dimain dengan menggunakan pemukul kepala berbalut kain atau getah. Rebana digunakan untuk mengiringi lagu-lagu budaya.

Terdapat pelbagai jenis rebana, antaranya ialah :

Merupakan sejenis rebana bersaiz besar dengan ukuran 0.7m diamater dan 1m tinggi. Rebana jenis ini biasanya dimainkan oleh penduduk kampung untuk keraian selepas menuai padi atau festival pertandingan dan juga upacara atau majlis perasmian tertentu. Rebana ubi ini dimain secara bertelingkah dan menggunakan pemukul dengan kepala berbalut kain atau getah. Rebana ubi ini dimain secara mendatar atau mengereng. (Matusky, 1985). Rebana Ubi turut dihiasi dengan pelbagai warna dan corak-corak seperti batik. Disebabkan saiz rebana tersebut besar, kualiti bunyi yang dihasilkan oleh Rebana Ubi adalah rendah, tebal dan kuat.

b) Rebana Kercing / Tar Rodat :

Sejenis rebana bersaiz kecil dengan 3 pasang kerincing / kercing (jingles) yang diperbuat daripada logam tembaga dan terletak pada bahagian tengah bingkai. Rupa rebana ini seperti tambourine dan “Tar” bermaksud gendang didalam bahasa Arab, Mesir serta komuniti Teluk Timur Tengah. Ia menunjukan bahawa alat muzik ini berasal dari sekitar kawasan tersebut (Nik Mustapha, 1998). Rebana Kercing ini dimain dengan paluan satu tangan pada permukan kulit gendang.

Rebana Penganak datang didalam bentuk pasangan yang terdiri daripada Rebana Ibu (bersaiz besar) dan Rebana Anak (bersaiz kecil). Ketegangan belulang (kulit genderang) ini ditambah dengan menyelitkan sebatang rotan halus antara cincin (rim) dengan bingkai (badan) pada bahagian dalam bingkai. Rotan tersebut diselitkan dengan bantuan baji (sejenis sisip kayu yang tirus) yang akan membuka ruang antara belulang dengan cincin. Rebana ini dimain dengan paluan dua tangan dan diletakan pada bahagian peha pemain. Rebana Ibu menghasilkan ton bunyi yang rendah dan sederhana tinggi (bass), manakala Rebana Anak menghasilkan ton bunyi yang tinggi. Rebana ibu menyediakan rentak asas, manakala Rebana Anak memainkan rentak yang laju dan ritma yang diimprovisasikan atau dikenali sebagai "bunga". Ritma yang kompleks dan bertelingkah, dihasilkan oleh kedua-dua rebana tersebut.

Rebana Pengerum terdiri daripada 10 atau 8 buah Rebana. Cara rebana ini dimainkan adalah sama seperti Rebana Penganak. Pemain akan memainkan rebana sambil menyanyi. (Nik Mustapha, 1998).

Terdiri daripada dua jenis Rebana iaitu Rebana Ibu (bersaiz besar) dan Rebana Anak (bersaiz kecil). Rebana Dikir Barat menggunakan belulang kambing yang dipasang pada bingkai atau badan dengan siratan rotan dibawah rebana (kaki). Ketebalan bingkai rebana ini tidak begitu tebal (0.13 – 0.15m) dan permainan Rebana Dikir Barat ini mestilah terdiri daripada pasanganya iaitu Rebana Ibu dengan Rebana Anak. Rebana Ibu kebiasaanya akan memainkan rentak asas, manakala Rebana Anak akan memainkan rentak yang lincah dan laju. Rentak yang dihasilkan oleh kedua-dua rebana ini sentiasa bertelingkah. Rebana-rebana ini dimainkan dengan paluan satu tangan. Selain dimainkan didalam muzik Dikir Barat, rebana ini turut dimainkan didalam muzik tarian Main Putri. (Nik Mustapha, 1998)

Kini, rebana telah diubahsuai bagi memudahkan pemain untuk bermain dan juga menyesuaikan alat muzik tersebut untuk dimainkan didalam muzik-muzik genre lain. Rebana moden tidak menggunakan belulang (kulit haiwan kering-gendang), dimana belulang ini digantikan dengan kulit gendang sintetik dan kulit gendang ini diapitkan dengan rim (sejenis kepingan logam seperti cincin besar). Rim ini disambung dengan rod penegang (tension rode) dan pemegang cuping (lug). Alat-alat baru yang ditambah ini adalah sama yang terdapat pada sesebuah gendang snare atau gendang tom. Ketegangan kulit gendang ini diubahsuai sama seperti penalaan (tuning) gendang snare atau tom. Dengan menggunakan kulit sinstetik ini, ketegangan kulit boleh diubahsuai dengan mudah, tahan dengan pelbagai suhu dimana ton bunyi rebana ini tidak mudah untuk berubah dan kekuatan bunyi yang dihasilkan adalah kuat tetapi, bilangan nimonik yang boleh dihasilkan adalah kurang jika dibandingkan dengan rebana tradisional.(Ulasan)Ainol Naim B. AzizolOgos 2009

Komentar

Postingan populer dari blog ini

5 Jenis Alat Muzik Tradisional Orang Melayu

Adat dan budaya masyarakat Melayu mempunyai unsur-unsur kesenian yang sangat tinggi nilainya. Ini dapat dinilai berdasarkan kepada warisan instrumen-instumen muzik yang diperturunkan pada masyarakat Melayu kita. Walaupun peralatan-peralatan tradisional ini dilihat hanya digunakan ketika upacara-upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, persandingan atau upacara melibatkan Raja-Raja; tidak dapat dinafikan melodi dan nada yang terhasil unik serta tidak mempunyai taranya dalam dunia muzik moden. Tahukah anda tentang beberapa jenis instrumen muzik tradisional masyarakat Melayu yang popular serta sejarahnya? Jom kita tengok.Kategori alat muzik masyarakat Melayu Dalam kajian untuk mengkelaskan peralatan-peralatan ini, kita perlulah terlebih dahulu mengetahui pengkhususannya. Semua perlatan muzik tradisional Melayu boleh dibahagikan kepada empat kumpulan; Mewakili instrumen yang memerlukan pemainnya meniup angin ke dalamnya, seperti serunai, pinai atau seruling. Instrumen membranophone p...

Operasi Gagal Jatuhkan BKH, Menguak Fakta Misterius

  Kasus pengusiran politisi kondang, Benny K. Harman (BKH) di Restoran Mai Cenggo di Jalan Alo Tanis - Labuan Bajo, pada Selasa (24/5/2022) makin panas didiskusikan. Pihak pelapor yang tadinya garang seperti singa, tiba-tiba ketakutan seperti tikus basah. Pada saat pemeriksaan di kepolisian, kursi yang diduduki pelapor terlihat basah. Belum dipastikan apakah itu air kencing atau keringat. Penyebabnya karena konspirasi mereka untuk tumbangkan BKH mulai terendus aparat. Kepolisian menunjukkan pasal-pasal dalam undang-undang ITE yang bisa menjerat pelaku. Betapa paniknya mereka ketika kepolisian memperlihatkan pasal-pasal tentang ancaman hukuman akibat kejahatan tersebut. Ancamannya empat sampai tujuh tahun penjara!   Kebayang kan kalau orang-orang seperti ibu Kiki harus mendekam 4-7 tahun di penjara? Kok kasus ini cepat skali ditangani! Apakah Polisi bertindak professional? Tampaknya tidak sepenuhnya profesional. Sebagian bekerja di bawah tekanan, karena pengacara Restoran M...